Lautaro Martinez gembira di Inter dan berhasrat untuk terus berada di kelab itu walaupun terdapat minat dari Tottenham, menurut ejen penyerang itu, Alejandro Camano.
Laporan dari England semalam menunjukkan bahawa Spurs ingin mendapatkan khidmat penyerang berusia 23 tahun itu dengan perjanjian GBP60 juta.
Walau bagaimanapun, ejen Martinez menjelaskan pemain Argentina itu masih memiliki dua tahun lagi dalam kontrak dan mahu menyaksikan pemain itu kekal bersama juara Serie A.
"Lautaro adalah pemain Inter dan gembira dengan kehidupan di Itali. Keputusannya adalah untuk kekal bersama pasukan itu," kata Camano kepada TyC Sports.
"Walaupun Lautaro berada di bawah kontrak, dia tidak akan mengadakan sebarang konflik dengan kelab. Itu tidak akan pernah terjadi."
Martinez telah melakukan 132 penampilan buat Inter dala semua pertandingan sepanjang tiga musim di San Siro sejak berhijrah daripada Racing Club pada Julai 2018, menjaringkan 37 gol dalam 11 assist.