LIVERPOOL 4 MANCHESTER UNITED 1
Jose Mourinho percaya Anthony Martial perlu bersama Manchester United selepas anaknya dilahirkan di samping kecewa apabila mengumumkan Nemanja Matic bakal terlepas aksi pembukaan musim kerana perlu menjalani pembedahan.
Martial meninggalkan aksi pra-musim United di Amerika Syarikat untuk bersama keluarga bagi menyambut kelahiran anak kedua di Paris dan masih lagi tidak bersama pasukan.
Martial telah dikaitkan dengan perpindahan meninggalkan United dan ejennya menjelaskan pemain berusia 22 tahun itu mahu mendapatkan lebih banyak peluang untuk beraksi.
Bercakap selepas United tewas 4-1 kepada Liverpool dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) awal pagi tadi, Mourinho memberitahu MUTV, "Martial telah menerima anak kedua dan kami mengucapkan tahniah kepadanya.
"Dia seharusnya bersama pasukan tetapi tidak buat masa ini. Kini kami perlu berdepan Real Madrid dan kemudian Bayern Munich.
"Saya berharap pemain-pemain mendapatkan momentum yang secukupnya. Kami berharap dengan Marcus Rashford dan Phil Jones yang kembali berlatih bersama pasukan lebih awal dapat membantu pasukan pada permulaan musim nanti."
United dijangka beraksi tanpa ramai bintang utama untuk aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Leicester City pada 10 Ogos ini.
Kempen Piala Dunia menjejaskan persiapan United dan Mourinho dilihat kecewa apabila pemain-pemain baru masih lagi bergelut dan Matic pula tidak dapat diturunkan ekoran kecederaan.
"Matic mengalami kecederaan dalam saingan Piala Dunia dan bakal terlepas aksi pembukaan EPL," jelasnya.
Antonio Valencia turut tidak dapat diturunkan pada permulaan musim kerana mengalami kecederaan ketika seri tanpa jaringan dengan San Jose Earthquakes dan Mourinho menambah, "Saya berasakan Valencia terlalu lama berehat dan dia tidak berada di tahap terbaik untuk beraksi."
United tewas 4-1 kepada Liverpool di Stadium Michigan -- Sadio Mane, Daniel Sturridge, Xherdan Shaqiri dan Sheyi Ojo meledak gol buat skuad kendalian Jurgen Klopp itu sementara Andreas Pereira menjaringkan gol sagu hati buat The Red Devils.