Ketua Pegawai Eksekutif Juventus, Giuseppe Marotta, menegaskan tidak akan membenarkan Paulo Dybala meninggalkan kelab itu susulan dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan Barcelona.
Dybala menyumbang satu gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Bologna pada Ahad, sekaligus meningkatkan jumlah golnya musim ini kepada 11 gol.
Pemain antarabangsa Argentina itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan Barcelona, namun Marotta menegaskan pemain berusia 23 tahun itu tidak akan ke mana-mana.
"Real Madrid dan Barcelona tidak menghubungi kami," Marotta memberitahu Mediaset Premium.
"Saya ingin meningatkan di sini bahawa Dybala masih mempunyai kontrak bersama kami. Beberapa bulan lalu, dia telah berjumpa kami dan meminta bayaran lebih dan itu perkara biasa.
"Kami memiliki reputasi yang baik, tiada sebab Dybala mahu meninggalkan kami. Juventus merupakan antara pasukan yang terbaik."
Kontrak Dybala akan berakhir pada pertengahan tahun 2020.