Kelab Perancis, Lyon, berjaya mendapatkan Mariano Diaz dari Real Madrid selepas penyerang muda berusia 23 tahun itu melengkapkan perpindahan bernilai EUR8 juta (RM39 juta).
Mariano merupakan pemain keempat yang menyertai Les Gones selepas mereka berjaya mendapatkan Fernando Marcal, Ferland Mendy serta penyerang, Bertrand Traore.
Penyerang muda itu akan menggunakan jersi bernombor 11 selepas menandatangani kontrak selama lima tahun dan penghijrahan Mariano disahkan melalui laman web rasmi Real Madrid.
“Kelab mahu memberikan penghargaan buat pemain yang memberikan sepenuh dedikasi buat pasukan dan mengucapkan selamat maju jaya buatnya di masa hadapan,” kata kenyataan dalam laman web rasmi juara Eropah 2017 itu.
Mariano telah bersama skuad Los Blancos sejak 2011 dan berjaya menempatkan diri dalam senarai skuad utama pada awal musim lalu.
Sebelum itu, Mariano juga merupakan penyerang bagi pasukan Real Madrid B dan aksinya bersama pasukan itu – 27 gol bagi musim 2015/16 – amat konsisten.