Skip to main content

Bola Sepak

Maradona cetus inspirasi kemenangan ke atas Milan -- Callejon

callejon-credits-maradona-effect-as-napoli-down-ac-milan.jpg

Jose Callejon mengucapkan terima kasih kepada Diego Maradona kerana memberi inspirasi kepada Napoli untuk menundukkan AC Milan 2-1 dalam saingan Serie A di San Siro.

Legenda Argentina itu melawat kem latihan Napoli di Castel Volturno minggu ini dan telah mengadakan perjumpaan dengan pemain dan pengendali, Maurizio Sarri, menjelang perlawanan penting berdepan Fiorentina dalam aksi suku akhir Coppa Italia sebelum berdepan Real Madrid dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.

Maradona jelas mempunyai pengaruh positif apabila secara tidak langsung membantu Lorenzo Insigne dan Callejon meledak gol dalam tempoh sembilan minit semalam sebelum terpaksa mengekang asakan Milan yang bangkit merapatkan jurang menerusi Juraj Kucka.

Callejon menyifatkan kemenangan itu turut menjadi bukti Napoli mampu mencabar kejuaraan Serie A musim ini.

"Kami layak menang. Bukan mudah untuk beraksi di San Siro tetapi kami telah membuktikan bahawa kami sebuah pasukan yang hebat," Callejon memberitahu Mediaset Premium. "Kehadiran Maradona menyuntik semangat kepada kami!

"Milan merupakan pasukan yang kuat. Meskipun kami bermain dengan baik dalam tempoh 30 minit pertama, mereka berjaya bangkit menguasai perlawanan.

"Kami mahu kekal dalam kelompok atasan liga. Kami sedang bermain dengan baik. Kami mahu terus mengejar Scudetto."

Advertisement

Must Watch Video