Skip to main content

Bola Sepak

Maniam nafi tekanan punca kekalahan Selangor

p-maniam_1.jpg
Jurulatih Selangor, P. Maniam, menyifatkan pasukannya beraksi di bawah prestasi sebenar susulan kekalahan pertama musim ini kepada Terengganu FC (TFC) di gelanggang lawan, malam tadi.

Sambil mengakui pasukan tuan rumah berhak meraih tiga mata, Maniam begitupun menafikan skuad kendaliannya beraksi dengan tekanan dengan hadir ke Kuala Terengganu selaku pendahulu liga.

“Boleh dilihat Selangor bermain tidak begitu baik. Kami bolos dan melakukan banyak kesilapan individu selain benteng pertahanan yang agak tidak teratur.

“Kredit buat TFC kerana cukup bagus ketika menyerang serta memberi tekanan sehingga tidak membenarkan kami menunjukkan corak yang dimahukan,” ujarnya.

Pergerakan penyerang, Rufino Segovia, yang dirantai kemas pertahanan lawan turut dipertahankan Maniam yang menjelaskan pemain itu tidak berada pada tahap terbaik.

“Rufino mengalami kecederaan. Namun, dia bekerja keras untuk meneruskan aksi dan komitmen itu yang saya cari dalam pasukan ini,” kata Maniam lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video