Skip to main content

Bola Sepak

Maniam merendah diri, dakwa kemenangan Selangor bukan hasil taktikalnya

220117pmaniam.jpg
Jurulatih Selangor, P. Maniam,  menegaskan kemenangan skuadnya ke atas Pulau Pinang 2-0 di Stadium Selayang malam tadi bukanlah berdasarkan formasi 3-4-3, sebaliknya kesungguhan pemain menjadi punca kejayaan mereka.

Jelasnya, pendekatan taktikal barunya itu tidak akan berjaya membuahkan hasil sekiranya tanpa komitmen pemain.  

"Kejayaan kami bukan berdasarkan formasi yang telah kami terapkan tetapi kesungguhan mereka untuk meraih tiga mata penuh dalam perlawanan itu," katanya.

Maniam turut menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai motivasi penting sebelum menerima kunjungan Melaka United dalam aksi kedua Liga Super, minggu depan.

Dalam pada itu, jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood, akur dengan kekalahan pasukannya selepas menyaksikan kelemahan di bahagian pertahanan.

"Kami telah melakukan dua kesilapan ketika bertahan. Perkara itu sentiasa berlaku dalam perlawanan bola sepak. Kami mengambil perlawanan itu sebagai pengalaman dan harus memperbaiki kelemahan kami," katanya.

Advertisement

Must Watch Video