Jurulatih Selangor, P. Maniam, nyata berpuas hati dengan taktikal bertahan yang diterjemahkan pasukannya dalam kemenangan 3-2 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Piala Malaysia, di Stadium Selayang, malam tadi.
"Pemain kami bermain terlalu ke dalam dan bertahan tetapi itu adalah kekuatan kami. Kami melepaskan dua gol walaupun kami mengawal perlawanan pada separuh masa kedua.
"JDT membuat beberapa pertukaran dan saya rasa mereka juga bermain baik," katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan.
Selangor kini mengungguli kedudukan teratas Kumpulan D selepas memastikan kelebihan sebagai tuan rumah tidak disia-siakan.
Selangor memecah kebuntuan berpunca daripada sepakan penjuru Mohd Raimi Mohd Nor yang disempurnakan Fairuz Abdul Aziz pada minit ke-33.
Selangor menjarakkan jurang apabila hantaran Francis Forkey Doe cemerlang disempurnakan Amri Yahyah, dua minit selepas jaringan pertama.
Pelawat akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada separuh masa kedua menerusi jaringan Ahmad Hazwan Bakri selepas menerima hantaran Muhammad Afiq Fazail pada minit ke-56
Selepas itu, tandukan Darren Lok pada minit ke-69 gagal dinafikan Khairul Azhan Khalid untuk mengikat kedudukan terikat 2-2.
Kesilapan Aidil Zafuan Abdul Radzak mengasari Forkey Doe membawa padah, dengan Selangor dihadiahkan penalti yang disudahkan Amri pada minit ke-90 untuk menewaskan JDT 3-2.
"Pada separuh masa pertama, kami ada melakukan kesilapan, sebab itu kami ketinggalan 2-0," kata jurulatih JDT, Ulisses Morais.
"Peluang kami banyak pada separuh masa kedua tetapi penalti membezakan kami dan membuatkan kami akur dengan kekalahan ini. Ini adalah bola sepak."