Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengumumkan Manchester City akan disiasat ekoran potensi mereka untuk terlibat dengan pelanggaran peraturan Kewangan Fair Play (FFP) yang dikeluarkan Badan Pengawal Kewangan Kelab UEFA (CFCB).
Tindakan itu susulan daripada dakwaan yang dikeluarkan Akhbar Jerman, Der Spiegel, yang mendedahkan beberapa dokumen yang diperoleh daripada pemberi maklumat mereka, Football Leaks.
Artikel tersebut turut mendedahkan rejim Sheikh Mansor di City menambah tawaran penajaan berjumlah berjuta-juta Pound dengan syarikat Abu Dhabi untuk mengelakkan peraturan jumlah wang yang boleh dilaburkan pemilik kepada sesuatu kelab.
Sebagai respons kepada pengumuman UEFA itu, juara bertahan Liga Perdana Inggeris tersebut mengeluarkan kenyataan yang mengalu-alukan pembukaan kes berkenaan.
"Manchester City mengalu-alukan pembukaan penyiasatan rasmi UEFA dan menganggapnya sebagai peluang untuk mengakhiri spekulasi yang berpunca daripada penggodaman haram dan daripada penerbitan di luar konteks emel City," kata kenyataan tersebut.
"Tuduhan mengenai penyelewengan kewangan itu adalah palsu. "Akaun yang diterbitkan kelab ini adalah lengkap serta mempunyai rekod perundangan dan peraturan."
Januari lalu, Pengerusi dan Ketua Penyiasat CFCB, Yves Leterme, berkata kelab berkenaan akan berdepan "hukuman paling berat" dengan tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah andai tuduhan terhadap mereka melanggar peraturan UEFA mengenai pendapatan hasil penajaan dapat dibuktikan.
City didenda sebanyak £49 juta (RM262.4 juta) kerana melanggar peraturan FFP pada 2014 manakala UEFA memberikan amaran pada November lalu bahawa setiap kes penyiasatan akan dibuka semula jika terdapat maklumat terbaru diterima.
Persatuan Bolasepak England (FA) sedang menyiasat dakwaan City melakukan bayaran haram kepada ejen Jadon Sancho ketika pemain sayap England itu baru berusia 14 tahun -- satu lagi dakwaan yang diterbitkan Der Spiegel.
City menjuarai Piala Liga Inggeris (EFL) bulan lalu dan kini sedang menerajui carta Liga Perdana Inggeris.
Mereka juga masih bersaing untuk merebut kejuaraan Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.