RANGERS 1 MALMO 2
(Malmo layak dengan agregat 4-2)
Rangers menempuhi kekecewaan Liga Juara-Juara (UCL) apabila ledakan Antonio-Mirko Colak memastikan 10 pemain Malmo merangkul kemenangan agregat 4-2 dalam pusingan kelayakan ketiga.
Pasukan bimbingan Steven Gerrard itu bermula cemerlang dalam perlawanan kedua berkenaan setelah tumpas 1-2 di Sweden minggu lalu apabila mengikat kedudukan menerusi gol pembukaan Alfredo Morelos sebelum Bonke Innocent diperintahkan keluar padang atas dua kad kuning dalam tempoh lima minit.
Tetapi Colak menawarkan dua penyudah berbisa dalam babak kedua untuk memastikan kemenangan 2-1 dalam pertembungan di Glasgow itu, awal pagi tadi.
Dalam perlawanan itu, didorong oleh sorakan padu di Ibrox, Morelos memecah kebuntuan meneruskan tandukan untuk melepasi Johan Dahlin hasil hantaran lintang Ryan Kent bagi mengimbangi agregat 2-2 selepas 18 minit perlawanan.
Allan McGregor kemudian terlepas daripada sebarang hukuman berat selepas mengasari Innocent, sebaliknya pemain tengah Malmo itu pula mengutip kad kuning kedua akibat pertengkarannya sejurus menjatuhkan Connor Goldson sebelum menuju ke bilik persalinan.
Morelos terlepas satu peluang terhidang dalam separuh masa kedua dan kegagalan penyerang itu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila Colak menewaskan McGregor untuk mengembalikan kelebihan kelab Sweden berkenaan.
Colak melepaskan tendangan rendah yang gagal dijangkau penjaga gawang itu pada minit ke-53 dan empat minit kemudian, kelincahannya di dalam kotak penalti sukar dikekang untuk meletakkan pelawat semakin selesa.
Ludogorets, yang mengalahkan Olympiacos, akan menjadi penghalang untuk Malmo mara ke peringkat kumpulan UCL.
Rangers pula harus mengalihkan perhatian mereka kepada kelayakan Liga Europa menentang Kairat Almaty atau Alashkert.

✅ VI ÄR VIDARE! pic.twitter.com/IHd7zgSr83
— Malmö FF (@Malmo_FF) August 10, 2021