Riyad Mahrez menafikan laporan "tidak benar" yang mendakwa dia melancarkan mogok selepas Leicester City menyekat perpindahannya ke Manchester City.
Pemain antarabangsa Algeria itu memenangi Anugerah Pemain Terbaik PFA selepas memimpin Foxes meraih kejayaan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2016.
Bagaimanapun, Mahrez secara terbuka meluahkan keinginannya untuk beralih angin apabila memohon perpindahan pada akhir musim lalu.
Hajatnya gagal menjadi kenyataan sungguhpun sempat dikaitkan dengan AS Roma sebelum dia bertahan di Leicester dalam kempen baru ini.
Pendahulu EPL, Manchester City, turut memburu Mahrez pada jendela perpindahan bulan lalu, namun Leicester enggan menjual aset berharga mereka itu.
Mahrez tidak diturunkan dalam dua perlawanan terakhir EPL, begitupun pemain sayap itu menyatakan dia bukan menghilangkan diri seperti yang dilaporkan.
"Leicester City sentiasa tahu di mana saya berada dan tahu apa yang saya fikirkan, secara langsung atau melalui penasihat saya," kata Mahrez dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Leicester Mercury.
"Saya telah menjadi sebahagian daripada pasukan Leicester City yang mencapai kejayaan besar, termasuk promosi ke Liga Perdana dan menjuarai liga.
"Matlamat saya tetap sama dan saya selalu memberikan 100 peratus komitmen ketika saya beraksi untuk kelab, peminat dan rakan sepasukan saya.
"Matlamat ini tetap sama pada hari ini dan pada masa akan datang. Apabila saya diminta untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Leicester, yakinlah saya akan terus mencurahkan segala-galanya.
"Sepanjang 10 hari yang lalu, ramai orang yang mengaku sebagai kawan saya telah bercakap mengenai saya dan perkara-perkara yang mereka tidak tahu ketahui.
"Di belakang saya, ramai orang dan wartawan telah membuat tanggapan tanpa memeriksa kesahihan cerita, jadi saya ingin menjelaskan bahawa semua andaian itu tidak benar.
"Saya sendiri dan penasihat tidak pernah membuat apa-apa kenyataan tentang hal itu, jadi semua anggapan yang dibuat benar-benar tanpa asas," katanya lagi.
Mahrez telah menyumbat lapan gol dan menyumbangkan tujuh bantuan gol dalam EPL musim ini.
Leicester pula menduduki tangga kelapan setelah meraih satu mata ketika menentang Everton dan Swansea City sepanjang ketiadaan pemain sayap itu.