Pemain sayap PKNS FC, Mahali Jasuli, mengakui keinginan bagi membalas kepercayaan jurulatih, Datuk K. Rajagobal, mendorongnya untuk beraksi cemerlang dalam dua perlawanan bersama kelab barunya itu.
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berkenaan hanya membuat dua penampilan bersama pasukan itu musim ini tetapi berjaya mencipta peluang dua gol buat rakan sepasukannya.
Aksi pertamanya ketika PKNS menentang Pahang adalah sebagai pemain gantian di mana sepakan penjurunya membolehkan Safee Sali menjaringkan gol pada masa kecederaan.
"Sebagai pemain, saya tanamkan sifat untuk memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan. Jurulatih beritahu pemain yang diberi peluang bermain agar memberi komitmen100 peratus.
"Itu membuatkan saya mahu menunjukkan sesuatu kepada PKNS. Alhamdulillah, kami dapat mata dalam dua perlawanan," katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi pemain sayap PKNS, Muhammad Faris Ramli, turut mengakui kualiti skuad PKNS musim ini bererti setiap pemain perlu bekerja keras dalam pasukan.
Faris, yang bermain di posisi sayap kiri, setakat ini sudah bergandingan dengan Mahali dan juga Jafri Firdaus Chew yang beraksi di sayap kanan.
"Saya boleh bermain sebagai penyerang dan sayap. Jadi, tiada masalah buat saya. Pada saya, pasukan perlu diutamakan dan kalau Jafri atau Mahali yang beraksi lebih baik daripada saya, ia bermakna saya perlu perbaiki prestasi saya," kata pemain kelahiran Singapura itu.
PKNS mendahului carta liga menerusi rekod tanpa kalah dengan tujuh mata, diikuti rapat JDT, Selangor dan Melaka yang mengumpul enam mata.