UCL
Magis Ronaldo rentap Juventus
JUVENTUS 0 REAL MADRID 3
Dua gol daripada Cristiano Ronaldo membantu Real Madrid meraih kemenangan 3-0 ke atas Juventus dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Bintang Portugal itu menjadi pemain pertama dalam sejarah kejohanan menjaringkan gol dalam 10 penampilan berturut-turut, rekod yang bermula ketika menewaskan Juve 4-1 dalam aksi final musim lalu.
Iklan
Jaringan sepakan gunting Ronaldo ternyata membuat pengendali pasukan, Zinedine Zidane, terpaku dan penyokong Juventus berdiri sebagai tanda hormat di atas percubaan yang telah berjaya disempurnakannya.
Layangan kad merah kepada Paulo Dybala dalam babak kedua menyukarkan lagi usaha Juve untuk bangkit selepas tewas buat kali pertama dalam semua kejohanan sejak November lalu dan tewas buat kali pertama di laman sendiri kepada Real dalam saingan UCL sejak 1962.Cristiano Ronaldo with a world class goal ⚽️? pic.twitter.com/U0kDeXLXna— Athlete Tweets ??⚾️ (@AthleticDesires) April 3, 2018
Ketika perlawanan berbaki 17 minit, Ronaldo berjaya mencari Marcelo bagi memastikan kemenangan 3-0 sebagai bekalan untuk aksi timbal balik di Santiago Bernabeu.
Must-Watch Video