Skip to main content

Bola Sepak

Madrid tidak boleh buat silap bertemu PSG -- Casemiro

casemirocropped_1v9b11utomdle14hkfctm7xbhx.jpg
Casemiro memberi amaran kepada rakan sepasukannya di Real Madrid bahawa mereka mesti mengukuhkan benteng pertahanan sebelum menghadapi perlawanan ditunggu-tunggu menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu, 15 Februari ini.

Penyandang juara LaLiga itu menerima tamparan hebat apabila diikat 2-2 di Levante awal hari ini, dengan Giampaolo Pazzini menandakan penampilan pertamaanya untuk tuan rumah dengan jaringan penyamaan pada hujung perlawanan.

Tidak mungkin boleh mengatasi jurang 18 mata di belakang peneraju, Barcelona, dalam liga dan sudah terkeluar daripada Copa del Rey selepas tewas di tangan Leganes, skuad Zinedine Zidane itu akan melihat pentas Eropah sebagai peluang terbaik mereka untuk menuntut trofi musim ini bagi menambah gelaran Supercopa de Espana pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, Casemiro mengakui kesilapan seperti dilakukan ketika menentang Levante harus dielak jika Madrid berharap mahu mengatasi PSG dan menjulang trofi Liga Juara-Juara untuk tahun ketiga berturut-turut.

"Kami membuat dua kesilapan dan kami melepaskan dua gol -- itulah bola sepak," kata pemain tengah Brazil itu kepada beIN SPORTS selepas perlawanan menentang Levante.

"Jika kamu membuat kesilapan di belakang, lawan mempunyai kualiti untuk menghukum kamu.

"Kami bermula dengan baik, dengan mengawal perlawanan, tetapi kemudian kami membuat dua kesilapan itu.

"Kami perlu memikirkan perlawanan demi perlawanan tapi jelas kami tidak boleh buat kesilapan itu ketika menentang PSG."
 

Advertisement

Must Watch Video