Skip to main content

Bola Sepak

Madrid raih gol ke-500 dalam Liga Juara-Juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo-500-040617.jpg
Real Madrid berjaya menjaringkan gol ke-500 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menerusi penyerang, Cristiano Ronaldo, dalam aksi final di Stadium Principality, Cardiff, awal pagi tadi.

Penyerang Portugal itu membuka tirai jaringan pada minit ke-20 untuk memberikan pendahuluan buat skuad kendalian Zinedine Zidane dalam usaha untuk mempertahankan kejuaraan yang diraih pada musim lalu.

Skuad Los Blancos kini adalah pasukan terbanyak menjaringkan gol dalam saingan UCL mengatasi Barcelona (459 gol), Bayern Munich (415), Manchester United (350) serta Arsenal (281).

Ronaldo telah menjaringkan sebanyak 89 gol sejak menyertai Madrid pada tahun 2009.

Sementara itu, Real Madrid juga telah menjaringkan 30 gol menentang Bayern Munich dan 29 gol dalam pertemuan menentang Ajax dan Galatasaray.

Selepas berdepan dengan 58 pasukan dalam saingan UCL, hanya Arsenal yang berjaya mengelak dari dibolosi skuad Los Blancos ketika pertemuan pada tahun 2006.

Advertisement

Must Watch Video