Pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel, meluahkan kekecewaan selepas menyaksikan skuad bimbingannya tumbang 1-3 kepada Terengganu FC (TFC) di Kuala Terengganu, malam tadi.
Menurut jurulatih itu, pemain-pemainnya gagal mengikuti arahan walaupun perhatian khusus telah diberikan dalam menghadapi situasi bola mati ketika sesi latihan.
Aksi dalam babak pertama cukup baik dan berjalan lancar apabila Kuala Lumpur menghalang Terengganu mencipta gerakan berbahaya dan mendahului menerusi jaringan Guilherme De Paula pada minit ke-32, sebelum Abdul Malik Mat Ariff menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-38.
"Malangnya, mereka bangkit selepas rehat dan berpunca daripada sepakan penjuru, kami dibolosi gol kedua dan saya sangat kecewa," ujar jurulatih kelahiran Brazil itu.
Tatkala tiga perlawanan berikutnya diadakan di Cheras, Maciel mengakui keadaan itu memberi sedikit kelebihan selepas Kuala Lumpur muncul antara pasukan yang memiliki rekod baik di tempat sendiri.
Namun, dia berpendapat semua itu hanya boleh dimanfaatkan sekiranya pemain-pemain bekerja lebih keras serta mengambil tanggungjawab bersama di atas kekalahan malam tadi.
"Kami tidak boleh mengulangi kesilapan sama dan sekurang-kurangnya enam mata harus dikutip dalam empat perlawanan terakhir," tambah Maciel.
Skuad ibu kota itu kini menghuni kedudukan kesembilan dengan 20 mata, hanya enam mata dipisahkan dengan zon penyingkiran dan akan bertemu pasukan setempat, Selangor, pada Ahad ini.