Skip to main content

Bola Sepak

Maafkan kenyataan kurang cerdik saya itu, kata menteri belia dan sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faizal-azumu.jpg

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, membuat permohonan maaf terbuka kepada semua pihak yang terguris dengan kenyataannya yang tular dalam satu rakaman semalam. 

Peminat Liga Malaysia (Liga-M) dikejutkan dengan pendedahannya yang sedia mengadakan rundingan dengan penganjur, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), untuk menambah kuota pasukan dalam Liga Super, selaras dengan saranan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ia secara tidak langsung bercanggah dengan larangan campur tangan kerajaan yang ditetapkan badan induk dunia itu terhadap MFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). 

Bekas presiden Perak FC itu dikaitkan berusaha menyelamatkan pasukan utara berkenaan agar tidak terjerumus ke Liga Perdana ekoran menduduki tangga kedua tercorot saingan elit tersebut.

"Saya faham ia merupakan satu kekhilafan, kesilapan atau kurang cerdiknya saya atas kenyataan itu. 

"Terima kasih atas soalan ini dan saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada dua orang, (iaitu) Datuk Hamidin (Amin, presiden FAM) dan Stuart Ramalingam, Setiausaha Agung MFL kerana ada menyebut nama mereka dalam video yang tular.

"Saya faham bahawa perkara itu tidak seharusnya disebut oleh saya. Atas kesilapan itu, ia telah mengakibatkan perdebatan di sosial media yang begitu hangat. 

"Saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafan tersebut dan Alhamdulillah saya belajar saya daripada kesilapan itu sebelum masuk pejabat," katanya.

Faizal Azumu melakukan kunjungan rasminya ke bangunan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya, hari ini sebaik selesai majlis mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. 

Sementara itu, peninju negara, Adli Hafiz Pauzi, berharap pelantikan menteri baru mampu memacu perkembangan atlet profesional.

"Saya harap menteri baru dapat membantu atlet profesional Malaysia yang sering tidak diberikan perhatian. 

"Kami juga berjuang untuk negara di peringkat tertinggi," katanya. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video