Skip to main content

Bola Sepak

Lukaku terlalu kerap hilang bola -- Tuchel

lukakutuchel.jpg
Thomas Tuchel tidak berpuas hati dengan persembahan Romelu Lukaku selepas Chelsea tewas 1-0 kepada Manchester City di Stadium Etihad.

Gol menakjubkan daripada Kevin De Bruyne membuatkan City kendalian Pep Guardiola 13 mata di hadapan Chelsea dalam carta Liga Perdana Inggeris, dengan The Blues hanya memenangi empat daripada 12 perlawanan liga terakhir mereka.

Lukaku menampilkan aksi kurang cemerlang apabila sekadar melakukan 21 sentuhan -- paling sedikit bagi mana-mana bagi kedua-dua pasukan -- manakala hanya melengkapkan tujuh daripada 12 hantaran, malah tidak memenangi sebarang bola ketika di udara.

Pemain yang dibeli dari Inter dengan yuran perpindahan bernilai GBP97 juta itu sebelum ini memohon maaf kepada kelab dan penyokong selepas memberikan temubual di Itali di mana dia kelihatan mengkritik Tuchel kerana tidak menggunakan kebolehan sepenuhnya.

Bercakap kepada BT Sport selepas perlawanan, Tuchel menjelaskan kekecewaannya dengan persembahan penyerang Belgium itu, "Dia terlalu banyak kehilangan bola tanpa sebarang tekanan, banyak kehilangan bola dalam keadaan yang sangat menjanjikan. Dia mempunyai peluang yang besar.

"Saya percaya pasukan bermain dengan lebih baik, terutama dalam separuh masa pertama."

"Saya rasa kami kalah kepada kualiti daripada segi prestasi individu dalam perlawanan ini. Daripada segi sikap, komitmen, bertahan, saya gembira.

"Kami tidak membenarkan terlalu banyak peluang besar, mengekalkannya pada tahap minimum, dan kami sedar dan aktif ketika menahan asakan lawan.

"Kami memiliki peluang menerusi serangan balas, namun peralihan itu tidak dilakukan dengan baik."

Advertisement

Must Watch Video