Romelu Lukaku boleh mencapai kejayaan besar di Manchester United, menurut pengurus Stoke City, Mark Hughes.
Hughes, yang pernah dijulang di Old Trafford dan menyarung jersi Everton, percaya penggempur itu akan menyerlah jika menyahut tawaran United bernilai GBP75 juta (RM418j).
Rekod jaringan Lukaku dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) meyakinkan pengurus Stoke itu terhadap pemain Belgium itu -- yang juga dilaporkan menjadi sasaran Chelsea -- mampu menyesuaikan diri dengan cabaran baru dalam skuad kendalian Jose Mourinho itu bagi mengambil tempat Zlatan Ibrahimovic.
"Dia sering menjaringkan gol dalam EPL sejak beberapa tahun kebelakangan ini," kata Hughes kepada pemberita.
"United akan menjadi cabaran baru buatnya. Everton sebuah pasukan yang bagus -- saya beraksi untuk kedua-dua buah kelab.
"Everton seperti keluarga, United pula sejak saya meninggalkan mereka, muncul sebagai kelab yang lebih besar di peringkat dunia.
"Mungkin dia akan mendapati perbezaannya di situ, namun tugas hakikinya tetap sama dan saya pasti dia akan meraih kejayaan besar di sana.
"Ketika ini, terdapat banyak laporan mengenai hala tujunya.
"Walaupun sering dikaitkan dengan Chelsea, nampaknya dia akan ke Manchester United.
"Selepas Manchester United kehilangan Zlatan Ibrahimovic, sudah pasti mereka memburu Lukaku."
Hughes berpendapat kemasukan ramai pemain di Everton seperti Jordan Pickford, Michael Keane, Davy Klaassen dan Sandro Ramirez didorong durian runtuh penjualan Lukaku.
Tambahnya: "Dari luar, Everton dilihat sudah melaburkan dana yang akan mereka perolehi.
"Ia dana yang besar."
Lukaku meledak 25 gol dalam saingan EPL, musim lalu, yang menyaksikan dia menempatkan diri selaku penjaring kedua terbanyak selepas bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane.