Skip to main content

Bola Sepak

Luis Enrique nafi Rakitic akan ke Manchester City

rakitic-dropped-from-barcelona-squad-to-face-villarreal.jpg

Luis Enrique menegaskan ketiadaan Ivan Rakitic dalam skuad Barcelona ketika aksi LaLiga pada Ahad tidak ada kaitan dengan masa depan pemain itu di Camp Nou.

Barcelona sekadar mengutip satu mata berdepan Villareal yang berkesudahan 1-1, dengan Lionel Messi jadi penyelamat apabila sepakan percumanya pada minit akhir perlawanan berjaya menemui gawang.

Rakitic tidak dibawa bersama ke Estadio de la Ceramica tatkala timbul laporan di Croatia yang mengaitkan perpindahannya ke Manchester City.

Namun, Luis Enrique menegaskan bahawa kedua-dua perkara tersebut tidak berkait.

"Ketiadaan Rakitic tiada kaitan dengan khabar angin itu," katanya ketika sesi sidang media.

"Ia tidak penting sama ada media itu datangnya dari England atau Croatia, kamu tidak boleh terlalu mempercayainya."

Sementara itu, Timbalan Presiden Barcelona, Jordi Mestre, berhasrat agar Rakitic kekal di Camp Nou.

"Kami sedang membincangkan pembaharuan kontrak Rakitic," dia memberitahu Movistar+.

"Kami mahu dia kekal."

Kontrak Rakitic akan berakhir pada tahun 2019.

Advertisement

Must Watch Video