Lucas Lima mahu menandatangani pembaharuan kontrak bersama Santos dan menafikan ada menerima tawaran daripada Barcelona.
Kontrak pemain antarabangsa Brazil itu di Vila Belmiro akan berakhir Disember ini, lantas timbul laporan dia bakal menandatangani kontrak persetujuan awal bersama Barca.
Bagaimanapun, Lucas akan membuat keputusan sama ada memperbaharui kontraknya bersama Santos yang dilaporkan menawarkan dua kali ganda gaji yang dibayar ketika ini.
"Usul Santos sangat bagus, presiden (Modesto Roma Junior) juga telah berusaha bagi memastikan saya kekal," Lucas memberitahu Globo Esporte.
"Saya akan berbincang dengan ahli keluarga dan seterusnya menyampaikan keputusan saya kepada kelab ini yang telah memberikan saya peluang beraksi.
"Ini adalah kontrak terbesar saya setakat ini, namun ia bukanlah keutamaan.
"Saya mahu terus mewakili Brazil, meraih kejuaraan dan merasai kasih sayang daripada peminat. Walaupun saya ada memikirkan soalan pembayaran gaji, itu bukan faktor utama.
"Saya mahu perkara ini diselesaikan tetapi fokus saya ketika ini adalah Copa do Brasil."