Skip to main content

Bola Sepak

Low puji sandaran baru skuad Jerman

joachim-low-070617.jpg
Joachim Low mempunyai sebab untuk berasa optimis terhadap keputusan seri 1-1 di antara Jerman dan Denmark, awal pagi tadi. 

Juara bertahan Piala Dunia itu menurunkan barisan eksperimen apabila Low merehatkan majoriti pemain utamanya menjelang aksi Piala Konfederasi pada minggu depan dan persiapan menghadapi Piala Dunia, tahun depan, apabila menanti sehingga lewat permainan sebelum menyamakan kedudukan menerusi Joshua Kimmich.

Low berpuas hati dengan persembahan anak buahnya dan optimis dengan hasil pada masa akan datang. 

"Terdapat banyak unsur positif berbanding negatif," kata Low kepada pemberita. 

"Ini adalah ujian yang bagus mengenai sejauh mana tahap kami. Kami hanya sempat menjalani satu sesi latihan sahaja, jadi saya amat gembira.

"Komitmen setiap pemain sangat bagus, kami boleh memperbaikinya dalam beberapa hari lagi."

Julian Draxler yang dilantik sebagai ketua pasukan melihat Piala Konfederasi adalah pentas buatnya membuktikan kualiti kepimpinan yang dimilikinya. 

Jerman akan berdepan San Marino dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 sebelum membuka tirai kempen Piala Konfederasi bertemu Australia, 19 Jun nanti. 





 

Advertisement

Must Watch Video