Pengendali Jerman, Joachim Low, tidak mahu memikirkan kecemerlangan yang dipamerkan penjaga gol Chile, Claudio Bravo, menjelang aksi final Piala Konfederasi 2017, malam ini.
Bravo membuktikan kepentingannya dalam skuad Chile selepas membantu skuad kendalian Juan Antonio Pizzi itu menewaskan Portugal di peringkat separuh akhir, menafikan tiga sepakan penalti daripada Ricardo Quaresma, Nani dan Joao Moutinho untuk menang 3-0 selepas perlawanan terikat 0-0 dalam waktu sebenar.
Namun bagi Low, Bravo bukan ancaman utama buat Jerman, sebaliknya seluruh pasukan Chile perlu diberikan perhatian.
“Mengapa saya perlu risaukan Bravo?
“Ketika menentang Portugal, pemain Chile yang lain turut menyempurnakan sepakan penalti,” kata Low.
“Bravo memang terbukti bagus dalam sepakan penalti tetapi kami juga memiliki pemain yang mampu menyempurnakan setiap sepakan dengan baik,” tambahnya.
Biarpun tanpa barisan pemain utama seperti Toni Kroos, Mesut Ozil dan Manuel Neuer, Low membuktikan pemilihan skuad mudanya bukan sekadar memenuhi jadual perlawanan apabila layak ke final.
Bagaimanapun, Low menegaskan skuad yang dibawa dalam kejohanan kali ini bukan bayangan pasukan yang akan dipilih menjelang Piala Dunia 2018.
“Masih ada 12 bulan untuk kami melakukan persiapan.
“Apa yang anda saksikan hari ini tidak bermaksud saya sudah melakukan pemilihan untuk Piala Dunia pada tahun hadapan,” ujar Low.