Jurgen Klopp yakin penyerang Liverpool, Mohamed Salah dan Sadio Mane, mampu menangani persaingan mereka di peringkat antarabangsa selepas Senegal menewaskan Mesir dalam kelayakan Piala Dunia, Rabu lalu.
Pengurus The Reds itu turut mengecam penyokong kerana memancarkan pen laser ke arah Salah ketika dia gagal dalam sepakan pertama penentuan penalti berkenaan, sekali gus membuka laluan Senegal ke Qatar selepas agregat 1-1 dalam perlawanan play-off zon Afrika.
Salah mengalami keperitan kedua itu selepas Senegal turut mencapai kejayaan Piala Negara-Negara Afrika, Februari lalu.
Gandingan mereka telah menghasilkan 32 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan pemain Mesir itu menjaringkan 20 gol sementara penggempur Senegal tersebut 12 gol.
Bercakap menjelang pertembungan dengan Watford malam ini Klopp -- sambil mengutuk pancaran laser -- menyatakan rasa bangganya atas pencapaian Mane dan menjangkakan kedua-duanya mampu 'berdamai' ketika menggalas misi di kelab.
"Saya sangat gembira buat Sadio kerana meraih kejayaan dan turut berasa sangat kecewa buat Mo," kata Klopp.
"Saya tidak senang dengan situasi penentuan penalti dan laser itu jadi saya kasihan dengan dia (Salah). Tetapi saya turut gembira dengan Sadio, itulah bola sepak.
“Ia sesuatu yang berbeza apabila dua pemain utama kelab akan menghadapi di antara satu sama lain tetapi mereka berdua cukup profesional. Mereka juga begitu emosional juga tetapi saya cukup pasti mereka mampu menanganinya dengan cara yang tepat.
“Tiada keraguan mengenainya. Pada masa ini, Senegal adalah pasukan terbaik di Afrika dan Mesir melakukannya dengan sangat baik untuk mengheret perlawanan hingga ke penentuan sepakan penalti.
"Senegal mempunyai skuad yang sangat berbakat dan Mesir melakukannya dengan sangat baik. Saya tidak pasti adakah prestasi mereka dihargai tetapi dari sudut pandangan saya, mereka sepatutnya di tahap itu.
"Mereka tidak bernasib baik meraih seri dan berdepan pasukan mantap Afrika, Mesir patut ke Piala Dunia."

Sadio Mane and Senegal qualify for the #WorldCup after a shootout win over Egypt.
— Liverpool FC (@LFC) March 29, 2022
Congratulations Sadio and commiserations, Mo. We can't wait to have you both back ♥ pic.twitter.com/kyBBNi7g2e