EPL
Liverpool sambar Frimpong ganti tempat Alexander-Arnold
Liverpool tidak menunggu lama untuk mengumumkan ketibaan pemain pertahanan baru dari Bayer Leverkusen iaitu Jeremie Frimpong dengan kontrak lima tahun yang bernilai €35 juta (RM177 juta).
Hanya beberapa jam selepas Trent Alexander-Arnold yang akan menyertai Real Madrid, The Reds bertindak pantas untuk mendapatkan penggantinya.
Frimpong memainkan peranan penting dalam membantu Leverkusen meraih kejuaraan Bundesliga pertama mereka musim lalu dengan melakukan 53 penampilan dalam semua pertandingan, malah musim ini menyaksikan mereka menamatkan saingan liga tempat kedua.
Iklan
Untuk rekod, pemain kebangsaan Belanda itu telah menjaringkan lebih banyak gol (19) berbanding pemain pertahanan lain dalam saingan lima liga teratas di Eropah sejak permulaan kempen 2023/24.Welkom, Jeremie 🔴🇳🇱 pic.twitter.com/XDQUHaQQDn— Liverpool FC (@LFC) May 30, 2025
Frimpong menyertai kontinjen Belanda di Anfield bersama Virgil Van Dijk, Cody Gakpo dan Ryan Gravenberch, dengan rakan sepasukannya iaitu Florian Wirtz antara nama yang turut akan mengikuti jejak langkahnya ke Juara Liga Perdana Inggeris 2024/25 itu.
— Liverpool FC (@LFC) May 30, 2025
Must-Watch Video