Kemenangan bergaya Liverpool ke atas Arsenal di Stadium Emirates dalam separuh akhir kedua telah melayakkan The Reds ke perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL).
Ini merupakan satu kejayaan yang perlu dibanggakan pemain-pemain Liverpool kerana mereka masih lagi mampu mencipta kemenangan selesa walaupun tanpa kelibat penyerang prolifik mereka iaitu Sadio Mane dan Mohammad Salah.
Kejayaan ini juga menunjukkan sejauh mana semangat berpasukan mereka serta menterjemahkan lagi keharmonian di dalam skuad kendalian Jurgen Klopp itu.
Ia dapat dilihat melalui apa yang mereka lakukan di atas padang, di mana pemain-pemain The Reds telah mempamerkan satu persefahaman yang jitu melalui kombinasi permainan yang menarik dengan gerakan yang penuh kreatif.
Ia berjaya disempurnakan melalui dua jaringan Diogo Jota melalui dua umpanan yang tepat Trent Alexander Arnold. Inilah kekuatan The Reds ketika ini, sesesiapa sahaja yang diturunkan pasti dapat memainkan peranan dengan baik.

Apa yang lebih menariknya tentang The Reds musim ini walaupun bertukar pemain di beberapa posisi, pemain-pemainnya masih mampu menuruti falsafah bola sepak yang diterapkan Klopp.
Selain hantaran pendek dengan “build up attack” menerusi transisi pantas yang memerlukan keputusan tepat, anak didik Klopp itu berjaya memerangkap pemain Arsenal. Anak didiknya sentiasa bergerak secara berpasukan -- baik ketika bertahan mahupun menyerang.
Sekiranya Liverpool dapat meneruskan persembahan sebegini dalam perlawanan akhir Piala EFL bertemu Chelsea bulan depan, tidak mustahil Liverpool boleh muncul juara.
Namun, mereka perlu berdepan anak didik Thomas Tuchel yang juga mempunyai corak dan cara permainan yang serupa kerana mereka mengunakan falsafah bola sepak yang sama.
Ia juga merupakan perlawanan akhir yang akan menjadi tumpuan peminat-peminat yang ingin melihat kreativiti dan perancangan yang bakal disusun oleh pengurus-pengurus dari Jerman itu.