Aku seorang peminat jentera dua roda sejak dari bangku sekolah rendah. Atau lebih tepat semasa berada pada tahun tiga persekolahan.
Minat itu bercambah dengan pelbagai kenangan pahit manis bersama jentera dua roda yang tak perlu aku ceritakan di sini.
Alam pekerjaan membawa dimensi baru dalam dunia permotoran aku iaitu sukan bermotor. Bermula sejak 1996, aku berpeluang menceburi sisi berbeda sukan bermotor – krew penerbitan televisyen.
Dan inilah rupanya impian yang tidak pernah aku bermimpi untuk berada di dalamnya.
Bahagian 1 ( Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia)
Aku merupakan krew belakang tabir sebuah syarikat penyiaran swasta bermula pada 1995. Siaran bolasepak boleh dikatakan mainan aku saban hari dan minggu.
1996 aku berpeluang untuk terlibat dengan penerbitan Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia di Litar Batu Tiga, Shah Alam. Dunia aku rasakan milik aku ketika itu sehinggakan aku makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi pun tak basah.
Semangat aku menjadi lebih bekobar-kobar tiga ke empat minggu menjelang hari penting ini. Aku dibawa ke litar bersejarah ini buat pertama kali sebagai petugas penerbitan televisyen.
Masih lagi aku ingat menaiki kenderaan pacuan 4 roda ( bahagian belakang ) mengelilingi litar Batu Tiga melakukan tinjauan ( recce ) posisi kamera.
Baru aku tahu di kawasan terlindung yang tiada tempat duduk penonton hanya di kelilingi pokok-pokok dan belukar, sunyi!
Namun, aku gagal mengingati rupa bentuk setiap selekoh yang kami lalui. Hari paling membanggakan aku ialah ketika menerima kad akreditasi rasmi petugas media. Sayangnya ia hilang entah ke mana dek terlalu banyak berpindah rumah bujang.
Dengan kad akreditasi itu, aku bebas meneroka setiap pit pasukan-pasukan hebat dunia. Hanya tiga nama sahaja yang menjadi idola ketika itu iaitu Mick Doohan, Lorris Capirossi dan Norick Abe.
Tiba hari perlumbaan aku ditugaskan membantu wartawan dan jurukamera di pit pasukan sebelum perlumbaan bermula. Kawalan yang sangat ketat membataskan pergerakan namun aku berada bersama-sama dengan petugas media dari seluruh dunia di hadapan pit pelumba.
Luca Cadalora memenangi perlumbaan 500 cc sementara Max Biaggi mengungguli kategori 250cc.
Apa pun kenangan di litar Baru Tiga, Shah Alam kini tersemat rapi dalam jiwa ragaku.
Hanya otai yang tahu!