Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Lingard: Semangat kekeluargaan luar biasa di Russia

lingard.jpg
Jesse Lingard percaya suasana kekeluargaan di dalam kem England akan membantu barisan kendalian Gareth Southgate itu untuk mengelakkan ketidakharmonian yang pernah menjejaskan usaha generasi terdahulu untuk meraih kegemilangan Piala Dunia.

England akan bertemu Colombia di Moscow, awal pagi Rabu ini, untuk memburu slot suku akhir kejohanan utama buat julung kalinya sejak 2006.

Rio Ferdinand, Steven Gerrard dan Frank Lampard merupakan tonggak penting di kelab masing-masing pada era mereka, namun gagal mencapai kesepakatan sehingga menjejaskan laluan mereka ke peringkat separuh akhir Piala Dunia dan Kejohanan Euro. 

Namun, bagi sesiapa yang mengikuti corak permainan yang diterapkan Southgate, Lingard berasakan sebaliknya dan mereka boleh membentuk gandingan hebat dalam Piala Dunia 2018 yang sukar diramalkan. 

"Kami seperti sebuah keluarga," katanya. "Anda akan menjadi semakin rapat setelah dibentuk dalam jangka masa panjang.

"Semua orang senang bersama-sama. Tidak ada pertengkaran di dalam kem, tidak ada berpuak-puak, saya fikir sebab itulah kami berjaya melaksana tugas dengan baik.

"Buat masa ini, kami ibarat sebuah keluarga dan kami telah membentuk ikatan kukuh di antara semua orang."

Pada era Sven-Goran Eriksson dan Fabio Capello, adalah mustahil Lingard dan rakannya di Manchester United, Marcus Rashford, dibenar melawat taman tema St Petersburg semalam di samping Danny Welbeck dan pemain Liverpool, Jordan Henderson dan Trent Alexander-Arnold.

"Saya sangka dia seorang pemalu. Kini dia sudah dapat menyesuaikan diri," kata Lingard sambil melangkah ke belakang pemain remaja, Alexander-Arnold -- membintangi video Instagram rakan sepasukannya apabila melarikan diri daripada rollercoaster kerana menganggap sistem keselamatan itu rosak.

"Semua orang bergembira, setiap orang mempunyai cara bergurau tersendiri," katanya.

"Kami melakukan banyak perkara untuk saling mengenali satu sama lain dan saya fikir ia penting sebagai sebuah pasukan di atas padang.

"Di atas padang, anda belajar tentang mereka juga bagi mendapatkan gambaran kasar tentang bagaimana corak permainan mereka -- apa sifat dan kelemahan mereka.

"Kami benar-benar telah bersatu padu sebagai sebuah pasukan dan serasi sepanjang enam minggu yang lalu," tambahnya.

Hanya prestasi di atas padang akan menjadi penentu ketika The Three Lions berdepan skuad berbakat Colombia yang masih menanti keputusan tahap kecergasan bintang, James Rodriguez.

Selepas mempamerkan aksi bertenaga ketika tumbang 0-1 kepada Belgium dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, Lingard yakin masih banyak yang boleh ditawarkan England untuk mara lebih jauh di Russia selagi mereka mengikuti perancangan.

"Saya fikir kami mempunyai tahap berbeza yang lain. Semasa sesi latihan, semua pemain kelihatan bagus, 100 peratus," katanya lagi. 

"Dalam perlawanan sebenar, kami tahu bahawa kami sudah bersedia. Mungkin kami perlu menyerlahkan satu tahap lagi. Kita perlu tunggu dan lihat."

Advertisement

Must Watch Video