stadiumastro
  • Live Scores
    • Football
    • Badminton
  • Fantasy
    • Liga Super Fantasy
    • Info Hadiah
  • Video
  • Bola Sepak
    • Liga Bola Sepak Malaysia
    • Liga Super Malaysia
    • Piala Malaysia
    • Piala FA Malaysia
    • Bola Sepak Antarabangsa
    • Liga Perdana Inggeris (EPL)
    • Liga Juara-Juara UEFA (UCL)
    • Piala FA Inggeris
  • Badminton
  • STL
  • Sukan Lain
    • Cub Prix
    • MPL Malaysia
    • Lain-lain
  • Lagi
    • Jadual TV
    • Halaman Saya
    • Rencana
  • BM
    EN
  • Daftar
  • BM
    EN
  • Daftar
stadiumastro
  • Live Scores
    • Football
    • Badminton
  • Fantasy
    • Liga Super Fantasy
    • Info Hadiah
  • Video
  • Bola Sepak
    • Liga Bola Sepak Malaysia
    • Liga Super Malaysia
    • Piala Malaysia
    • Piala FA Malaysia
    • Bola Sepak Antarabangsa
    • Liga Perdana Inggeris (EPL)
    • Liga Juara-Juara UEFA (UCL)
    • Piala FA Inggeris
  • Badminton
  • STL
  • Sukan Lain
    • Cub Prix
    • MPL Malaysia
    • Lain-lain
  • Lagi
    • Jadual TV
    • Halaman Saya
    • Rencana
Live Scores
  • Football
  • Badminton
Fantasy
  • Liga Super Fantasy
  • Info Hadiah
Bola Sepak
  • Liga Bola Sepak Malaysia
  • Liga Super Malaysia
  • Piala Malaysia
  • Piala FA Malaysia
  • Bola Sepak Antarabangsa
  • Liga Perdana Inggeris (EPL)
  • Liga Juara-Juara UEFA (UCL)
  • Piala FA Inggeris
Sukan Lain
  • Cub Prix
  • MPL Malaysia
  • Lain-lain
Lagi
  • Jadual TV
  • Halaman Saya
  • Rencana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI

Stadium Astro | Copyright © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Iklan
LIGA SUPER MSIA

Liga-M nazak, boleh mati - KJ

Ammar Hakim
Ammar Hakim
19/05/2025
01:38 MYT
Sponsor Banner
Liga-M nazak, boleh mati - KJ
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, memberi amaran bahawa saingan Liga Malaysia (Liga-M) kini berada di ambang krisis dan bakal berdepan risiko terkubur jika tiada tindakan segera diambil.
Beliau menyifatkan keadaan semasa liga sebagai semakin kritikal, susulan peningkatan jumlah pasukan yang gagal bertahan akibat kekangan kewangan.
“Jika dibiarkan begitu sahaja, ia akan mati,” katanya ketika ditemui selepas sidang media perlawanan Maybank Challenge Cup 2025 antara Manchester United dan ASEAN All-Stars.
Iklan
Menurut Khairy, keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila pasukan negeri sendiri mula mempertimbangkan untuk menarik diri daripada saingan liga tempatan, sekali gus mencerminkan ketidakseimbangan struktur dan sokongan dalam ekosistem bola sepak negara.
“Saya lihat semakin banyak pasukan tidak mampu untuk kekal bersaing. Jika pasukan negeri pun sudah tidak mahu beraksi, jelas ada sesuatu yang tidak kena,” katanya.
Khairy turut menyokong pandangan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bahawa pasukan perlu diurus mengikut kemampuan sebenar.
Namun pada masa sama, beliau menegaskan keperluan intervensi strategik supaya pasukan kecil yang kurang berkemampuan tidak terus terkubur.
Mengimbas pengalamannya mengurus pasukan MyTeam sekitar tahun 2006, beliau berkata kos operasi ketika itu hanyalah sekitar RM3 juta hingga RM4 juta setahun. Namun kini, angka tersebut tidak mencukupi.
“Kita perlukan sekurang-kurangnya RM20 juta setahun untuk menguruskan sebuah pasukan secara kompetitif,” katanya.
Beliau turut menyifatkan kurangnya sokongan kerajaan negeri serta keengganan penaja untuk tampil membantu sebagai antara punca utama masalah semakin meruncing.
Hal ini, katanya, mencetuskan kitaran ‘putaran ganas’ dalam bola sepak negara.
“Penonton tak datang ke stadium, maka tiada tajaan masuk. Bila tiada dana, pasukan tak boleh bertahan dan akhirnya tarik diri,” jelasnya.
Sehubungan itu, Khairy menggesa kepimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) supaya merangka pelan pemulihan jangka panjang demi menyelamatkan liga daripada terus tenggelam.
“Saya harap barisan kepimpinan baharu di FAM dan MFL dapat segera mencari solusi. Kita tidak boleh biarkan ia mati begitu sahaja,” katanya.-Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Iklan
Iklan