Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kelantan perlu kekal fokus -- Elavarasan

kelantan-trw-new.jpg
Ketua jurulatih Kelantan The Real Warriors, E. Elavarasan, memilih untuk lebih merendah diri  menjelang perlawanan kelima saingan Liga Super bertemu PDRM.

Sang Kijang Emas yang menduduki tangga kelima liga ketika ini mendapat perhatian sebagai pasukan yang melalui fasa perubahan namun seimbang dalam pencarian mata musim ini.

Tidak hanya itu, kejayaan mengatasi KL City dalam aksi Piala FA dengan menempah slot suku akhir, ela dilihat miliki magis tersendiri membawa pasukan ini.

Tidak melatah dengan pencapaian semasa pasukannya, Elavarasan tetap memberikan gambaran aksi dengan PDRM di Stadium Selayang bukan ujian mudah buat anak buahnya.

Dalam sesi latihan akhir di Kuala Lumpur, Elavarasan membawa pemain terbaiknya kecuali Prince Aggreh yang dilabel masih belum cergas daripada kecederaan pra musim lalu

 

Advertisement

Must Watch Video