Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius isu tunggakan gaji yang dihadapi beberapa pasukan saingan Liga Super 2024–2025 yang masih belum menemui jalan penyelesaian.
Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim, menyifatkan isu tersebut sebagai 'barah' yang perlu dimatikan menjelang saingan musim 2025/26.
Beliau berkata, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu lebih tegas dalam pemberian lesen kebangsaan kepada kelab dan lanjutan tempoh sehingga 10 Mei ini sewajarnya dijadikan ruang untuk menyelesaikan isu agar pasukan yang berdepan masalah dapat terus beraksi dalam liga.
Menurutnya, adalah sesuatu yang merugikan sekiranya isu ketidakstabilan dan kemampanan kelab bola sepak menyebabkan mereka tidak dapat beraksi, sedangkan setiap negeri atau kelab mempunyai peminat dan penyokong tersendiri.
“Kita mahu supaya sukan bola sepak dalam negara kita, yang kita harapkan mampu melahirkan pemain profesional dapat bergerak dengan kerangka yang lebih baik.
“FAM, MFL dan pihak-pihak berkaitan perlu lebih serius dalam menangani masalah ini dan tidak boleh lagi mengelak daripada membincangkannya,” katanya.
Kredit: Sinar Harian