Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Saya dapat faham Bahasa Melayu sedikit -- Import Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yann.jpg
Penyerang import Terengganu, Yann Mabella, menegaskan dia tidak perlu masa yang lama untuk mencari keserasian bersama pasukan bagi menjamin prestasi terbaiknya.

Malah, tonggak berusia 29 tahun itu memberi jaminan mampu menampilkan aksi terbaik menjelang pertemuan dengan Kuala Lumpur (KL) City, dan mensasarkan untuk cmenetak jaringan bagi membantu Sang Penyu menewaskan skuad kendalian Risto Vidakovic.

"Saya tidak mengetahui lebih tentang KL City.

"Tetapi, mereka memiliki pemain yang bagus.

"Kami harus tampil lebih sirius," katanya di Nadi Arena.

Namun, terdapat kerisauan disuarakan pemain kelahiran Congo itu merujuk kepada perlawanan di tempat lawan.

 

Selepas kekalahan ditangan Selangor dua minggu lalu, Mabella tidak mahu episod sama berulang.

"Saya seorang yang cepat belajar. 

"Saya dapat memahami Bahasa Melayu sedikit demi sedikit.

"Ada yang bercakap Perancis dan Bahasa Inggeris.

"Ini ialah kali pertama saya berada di Asia. 

"Saya mahu buat yang terbaik," tambahnya.

Untuk rekod, Mabella sudah menjaringkan empat gol peribadi bersama Terengganu.
Terengganu Jersey

Semakin Serasi

Lengkapkan gaya dengan merchandise Terengganu FC.


? Lihat Koleksi

Advertisement

Must Watch Video