Selaku juara bertahan selama 10 tahun berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengekalkan rentak kemenangan dengan menewaskan Kelantan United.

Ini merupakan kemenangan yang ke-22 musim ini daripada 23 perlawanan yang dilalui dan sudah tentulah ia akan terus menambahkan semangat anak didik Esteban Solari itu untuk memastikan rekod tanpa kalah Harimau Selatan terus dikekalkqn sebelum berakhirnya saingan Liga Super musim ini.

Walaupun di atas kertas perlawanan menentang Kelantan United dianggap mudah, namun pemain-pemain Harimau Selatan agak sedikit sukar untuk mendapatkan jaringan awal.

Tetapi penulis dapat melihat bagaimana barisan Solari mengawal emosi mereka daripada tekanan kerana ia bukan satu perkara yang mudah walaupun sudah diistiharkan selaku juara musim ini.

Namun, dengan pengalaman yang ada pada setiap pemain JDT mereka berjaya mengawal situasi itu dengan baik.






Ini telah menunjukkan betapa pentingnya pemain-pemain yang berkualiti di dalam sesebuah pasukan itu kerana ia banyak memberi manafaat kepada sesebuah pasukan sebagaimana JDT.

Ketiadaan Endrick dos Santos, Juan Muniz dan Oscar Arribas tidak merencatkan jentera tengah Harimau Selatan sebaliknyaa gandingan Nazmi Faiz Mansor dan Takahiro Kunimoto dapat memainkan peranan dengan baik sebingga membuatkan pasukan dari Pantai Timur itu hanya mampu bertahan.

Itulah yang selalu dikatakan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang meginginkan pemain-pemainnya sentiasa memberi saingan antara mereka ketika sesi latihan terutama kerana dari situ mereka akan dapat menggekalkan kekuatan sesebuah pasukan.

Walaupun pada awalnya apa yang dibuat oleh JDT seakan-akan membunuh kerjaya pemain-pemain tempatan tetapi secara realitinya ia membawa kepada kebaikan pada sesebuah pasukan itu dan ini yang berlaku di JDT apabila pasukan dari selatan itu berjaya mengekalkan momentum kemenangan