Pemain tengah berpengalaman Perak, Wan Zack Haikal Wan Nor, meluahkan kekecewaanya selepas pihak pengurusan menawarkan hanya 20 peratus pembayaran kepada pemain dan jurulatih yang dilabelnya satu tamparan besar.
Ia berlaku selepas barisan pemain berhempas-pulas mengerah kudrat mereka biarpun tidak bergaji sejak enam bulan lalu.
Justeru, Wan Zack mengharapkan ada jalan penyelesaian lebih adil buat pemain dan jurulatih Perak selepas berkorban demi mengharumkan nama bola sepak negeri itu.
"Perjumpaan semalam mengejutkan saya dan membuatkan perasaan ini sangat kecewalah.
"Kami sudah menanti sekian lama tunggakan gaji.
"Tapi pada akhirnya mereka (pengurusan) kata Perak tutup dan akan bayar 20 peratus daripada tunggakan gaji. Dan jika ingin ketengahkan hal ini, silakan.
"Itu mukadimah perjumpaan pasukan semalam.
"Saya beri masa 10 hari untuk kami bincangkan balik hal ini. Saya tidak jangka perkara positif akan berlaku," katanya.