Tiada apa yang tinggal. Pemain mula angkat kaki dan meminta hak dikembalikan.
Pengerusi Kelab Bola Sepak Perak, Datuk Seri Azim Zabidi, menegaskan bahawa pasukan itu secara rasminya menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan, akibat dibelenggu masalah kewangan yang semakin meruncing.
"Kami bermula dengan impian besar - untuk membina sesuatu yang mampan, sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Perak.
"Kami percaya bahawa dengan sokongan peminat, kami boleh mencipta sebuah kelab yang bukan sahaja berdaya saing, tetapi berakar umbi dalam komuniti dan penuh semangat.
"Kami masuk ke sebuah kelab yang dibebani hampir RM8 juta gaji yang belum dibayar dari masa lalu.
"Kami menyelesaikannya, dan kami memberikan segala yang kami ada - masa, kepercayaan, dan hampir RM40j dalam tempoh tiga tahun," katanya.
Terdahulu, kemelut yang melanda semakin besar apabila difahamkan penaja utama tidak mampu lagi menampung perbelanjaan pasuka, manakala penaja lain juga gagal menghulurkan bantuan meredakan keadaan.
Apa yang tinggal hanyalah barangan cenderahati untuk dijual bagi mengumpul dana menyelesaikan isu ini.
Apa sahaja dana yang tinggal - daripada barangan, yuran liga dan belanjawan terakhir akan pergi ke arah menghabiskan hutang kami.
"Ini bukan pengakhiran yang kami mahukan, tetapi kami melakukan semua yang kami mampu.
"Terima kasih kerana berdiri di sisi kami," tambahnya.
Sebelum ini, menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, penjaga gol Harimau Malaya, Haziq Nadzli, mengucapkan selamat tinggal kepada Perak dan berkemungkinan bergabung bersama Kuching City sebagai destinasi baru.
Hantaran Instagram Clayton da Silva juga menuntut supaya penaja melangsaikan gaji.

“Terima kasih Perak”, Haziq Nadzli tampak bawa haluan baru, Kuching City dilihat destinasi terbaik musim depan. ?@ASTROARENA pic.twitter.com/gtKaJ46i7i
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) April 25, 2025