Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super:  JDT hampiri rentetan kejuaraan keempat

260717.jpg
JDT 2 PERAK 1

Johor Darul Ta'zim (JDT) berhempas-pulas sebelum mengekalkan kelebihan 11 mata di persada Liga Super apabila menundukkan Perak 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi. 


JDT bangkit selepas Perak terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan percuma pemain tengah, Hafiz Kamal, pada penghujung babak pertama. 

Namun, anak buah Ulisses Morais yang mengawal rentak sejak awal permainan, berjaya memanfaatkan peluang untuk mengikat kedudukan melalui penyudah Fadhli Shas dua minit selepas waktu rehat sebelum Mohammed Ghaddar menggandakan kedudukan pada minit ke-59.

Kemenangan ini membolehkan JDT menerajui tangga teratas dengan 45 mata dengan baki empat perlawanan lagi. 

Di Stadium Darulaman, Kedah meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Kelantan untuk terus memberi tekanan kepada JDT apabila menyaksikan Mohd Arif Farhan Isa serta masing-masing dua gol dicetak oleh Sandro da Silva dan Ken Ilso Larsen.

Kemenangan bergaya 3-1 Felda United ke atas Selangor di Jengka melonjakkan The Fighters ke tangga keempat liga, namun kedudukan Pahang di tangga ketiga tidak tergugat meskipun dikejutkan dengan kekalahan 2-0 kepada Pulau Pinang di Stadium Negeri, Batu Kawan. 

Kedudukan skuad kendalian Zainal Abidan Hassan itu bagaimanapun belum terselamat apabila terus menduduki tangga tercorot liga. 

Sementara itu, Melaka United keluar dari zon penyingkiran untuk menghuni tangga kesembilan apabila menewaskan Sarawak 4-2 di Stadium Hang Jebat. 

Babak pertama berakhir dengan 3-2, dengan pelawat selesa di hadapan dengan dua jaringan menerusi Mateo Roskam dan Tommy Mawat Bada. 

Bagaimanapun, Melaka bangkit menerusi sentuhan penyudah Marko Simic, Fauzi Roslan dan R. Surendran sebelum Felipe de Souza merobek gawang gol skuad Ngap Sayot pada masa kecederaan untuk keputusan muktamad 4-2. 

T-Team terus dirundung malang apabila gagal menyekat kemenangan 2-1 PKNS FC di Stadium Shah Alam.

Tiga mata Semut Merah buat kali kedua berturut-turut dalam liga disumbangkan oleh ledakan Aliff Haikal dan Nizam Abu Bakar.


KEPUTUSAN LAIN: 

KEDAH 5 KELANTAN 0

FELDA UNITED 3 SELANGOR 1

PKNS FC 2 T-TEAM 1

MELAKA UNITED 4 SARAWAK 2

PULAU PINANG 2 PAHANG 0

Kredit imej: JOHOR Southern Tigers

 

Advertisement

Must Watch Video