JDT 2 SELANGOR 0
Tan Cheng Hoe menggariskan tahap fokus menjadi titik tolak kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk menang 2-0 dalam pertembungan dua pasukan di puncak Liga Super itu, sebentar tadi.
Sekalipun kehilangan penyerang baru, Richmond Boakye-Yiadom, akibat kecederaan seawal minit ke-17 yang menyaksikan Quentin Cheng pula dipertaruhkan -- Cheng Hoe merumuskan keputusan mungkin berbeza sekiranya skuad Selangor mampu mengekalkan tumpuan mereka hingga wisel penamat.
"Pemain telah berjuang sehabis baik yang mungkin. Kecederaan telah mengganggu perancangan kami.
"Daripada segi kualiti, JDT berada di tahap berlainan. Sudah tentu dalam perlawanan, kami perlu bekerja keras dan kena fokus, bukan sekadar 70-80 minit tapi hingga minit terakhir.
"Kami perlu bangkit dalam perlawanan seterusnya," katanya selepas perlawanan.
Menurutnya lagi: "Kami mampu bersaing dalam perlawanan ini.
"Setiap kali kami bermain dengan JDT, kami nampak ada peningkatan dan perubahan."
Penguasaan Harimau Selatan tampak belum mampu digugat oleh pencabar terdekat Liga Super itu di Stadium Sultan Ibrahim.
Bagaimanapun, barisan kendalian Estaban Solari itu selepas dipaksa menggandakan asakan berikutan kekentalan Gergasi Merah di bahagian benteng sepanjang 78 minit permainan.
Penggempur baru JDT, Heberty, kemudian memberi isyarat jelas betapa berbisa sentuhannya sebaik mendarat dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) dengan gaya akrobatik di depan pintu gol Selangor untuk membuka akaun jaringannya.
Begitupun, ia tidak juga mampu mengubah senario perlawanan yang menyaksikan anak buah Cheng Hoe perlu menyerap pergerakan yang cuba diaturkan juara Piala FA 2023 itu tanpa diberi sebarang ruang untuk mencipta percubaan.
Dan situasi itu digunakan sebaik mungkin oleh Bergson da Silva untuk memenangi sepakan penalti yang disempurnakannya sendiri gara-gara dijatuhkan oleh Harith Haiqal -- kurang seminit masuk menggantikan Quentin -- pada masa kecederaan.