Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super atau A1 Semi-Pro? Pemain Kelantan Red Warrior berpeluang ke Bayern Munich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

krw.jpg
Pembentukan Kelantan Red Warriors (KRW) semakin mendapat sambutan selepas memuat naik perancangan terbaru kelab menerusi makluman di sosial media.

Sebelum ini, syarikat pengeluar pakaian sukan terkenal di Thailand iaitu Warrix diumumkan sebagai penaja rasmi jersi KRW menggunakan warna ikonik pasukan iaitu merah dan putih selama dua musim dan berjumlah RM1 juta.

Meskipun status bertanding belum dipastikan, namun khabar angin bakal beraksi dalam liga amatur iaitu A1 Semi-Pro semakin bertiup kencang apabila menghadiri Taklimat Persediaan Pasukan oleh Amateur Football League (AFL), semalam.




Satu perkembangan menarik dikongsikan oleh presiden KRW, Nik Hafiz Naim Nik Hassan, tentang kerjasama yang bakal berlaku usai lawatan rasmi ke Sport Thai Bavaria (STB), baru-baru ini.

Hasil daripada inisiatif tersebut berserta perjanjian bersama Warrix dan STB, pemain akar umbi KRW akan diberikan peluang untuk menyertai pemilihan dan jika terpilih akan diberi pembiayaan penuh oleh STB akademi dan akan berlatih di Bayern Munich, Jerman.
 

Advertisement

Must Watch Video