BOLA SEPAK

Liga Pro Saudi: Trio Al-Nassr hukum Al Kholood

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
15/03/2025
02:12 MYT
Sponsor Banner
Liga Pro Saudi: Trio Al-Nassr hukum Al Kholood
AL-NASSR 3 AL KHOLOOD 1
Cristiano Ronaldo, Sadio Mane dan Jhon Duran kesemuanya menemui sentuhan penyudah ketika 10 pemain Al-Nassr menewaskan Al Kholood 3-1 untuk mendaki tangga ketiga Liga Pro Saudi, awal pagi tadi tadi.
Ia adalah kemenangan pertama dalam tiga perlawanan buat Al-Nassr yang terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas kad kuning kedua ke atas Nawaf Bu Washl pada minit ke-54.
Ronaldo menemui jaringannya dalam tempoh empat minit permainan selepas memanfaatkan bola muntah rembatan Duran yang mengenai tiang.
Hantaran pemain antarabangsa Portugal itu kemudiannya membuka larian Salem Al Najdi di sebelah kanan sebelum mencipta umpnan untuk disempurnakan Mane pada minit ke-26.
Duran menjadikan kedudukan 3-0 sebelum rehat sebelum jaringan sendiri Ali Lajami pada minit ke-72 mengurangkan defisit pasukan pelawat, namun skuad bimbingan Stefano Pioli itu kental bertahan untuk memperoleh tiga mata.
Al-Nassr dengan 51 mata menduduki tempat ketiga dengan perbezaan gol untuk memintas Al-Qadsiah yang ditewaskan Damac 0-1, manakala Al Kholood pula di tangga ke-10 dengan 31 mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video