Skip to main content

Bola Sepak

Liga Perdana: KL teruskan momentum kemenangan

kuala-lumpur-300617.jpg
MISC-MIFA 1 KUALA LUMPUR 2

Kuala Lumpur (KL) terus memberikan tekanan kepada Negeri Sembilan dan Terengganu dalam perebutan takhta Liga Perdana selepas menundukkan MISC-MIFA 2-1, petang tadi. 

Ia kemenangan keenam berturut-turut Kuala Lumpur sejak diambil-alih jurulatih, Fabio Magrao.

Dalam aksi yang berlatar belakangkan cuaca panas terik di Stadium UiTM Shah Alam, kedua-dua pasukan saling tertekan mencari jaringan awal. 

Hanya selepas minit ke-28, anak buah Magrao berupaya memecah kebuntuan menerusi import baru mereka, Paulo Josue, yang mengambil kesempatan penuh di atas kealpaan benteng lawan. 

Kedudukan mereka terus selesa pada minit ke-34, kali ini giliran Abdul Manaf Mamat untuk merobek gawang MISC-MIFA. 

Pengarah Teknikal MISC-MIFA. K. Devan, mengakui dua jaringan mudah itu menjejaskan strategi mereka dengan berkata: "Kesilapan kami pada separuh pertama adalah melepaskan dua gol awal. 

"Saya lihat ada perubahan dalam corak permainan kami. 

"Kami perlu memperbaiki permainan kami di mana pemain leka ketika bola belum keluar (dari kawasan bahaya), itu saya tidak boleh terima."

MISC-MIFA memperoleh gol tunggal mereka pada minit ke-61 menerusi jaringan Luiz Eduardo. 

Bagaimanapun, mereka gagal untuk memanfaatkan peluang keemasan susulan Kuala Lumpur terpaksa beraksi dengan 10 pemain ekoran ketua pasukan, Hishamuddin Shaari, diarahkan keluar padang pada minit ke-75. 

"Seperti pertemuan terdahulu, MISC-MIFA cuba mencetuskan masalah buat kami dengan corak hantaran jauh. 

"Namun, kami berupaya untuk fokus mencapai kemenangan. 

"Syukur kami mengutip tiga mata dan ada kalanya kami gagal memperterjemahkan corak permainan yang dihajati tetapi saya berpuas hati dengan usaha pemain saya," kata Magrao. 


KEPUTUSAN LAIN: 

Kuantan 3 ATM 1

Terengganu 2 Johor Darul Ta'zim II 2

PDRM 0 Sabah 1

PKNP FC 1 UiTM FC 0

Negeri Sembilan 1 Perlis 0

Advertisement

Must Watch Video