MANCHESTER UNITED 4 WIGAN ATHLETIC 0
Kepadatan jadual, rentetan kemenangan dalam pelbagai kejohanan, dan Chelsea menguasai dengan jurang mata yang besar, membuatkan Jose Mourinho berpandangan Liga Perdana Inggeris adalah misi mustahil buat Manchester United.
United meraih kemenangan 4-0 dua kali berturut-turut ke atas lawan dari Liga Kejuaraan dalam misi mempertahankan Piala FA, dengan Marouane Fellaini, Chris Smalling, Henrikh Mkhitaryan dan Bastian Schweinsteiger masing-masing menemui sasaran gol untuk membantu skuad itu menewaskan Wigan Athletic di Old Trafford, awal pagi tadi.
Fokus untuk perlawanan akhir Piala EFL menentang Southampton bulan depan dan meneruskan minat dalam Liga Europa, menyaksikan United kini berjuang untuk pelbagai gelaran.
Dengan membawa bersamanya beban, Mourinho segera mahu menarik diri dalam perebutan gelaran liga, sebaliknya skuad bimbingan Jurgen Klopp, Liverpool, mempunyai hanya satu gelaran untuk fokus berikutan kekalahan 2-1 di tangan Wolves dalam saingan Piala FA, semalam.
"Dengan cara yang realistik, saya fikir Liga Perdana adalah satu misi hampir mustahil," katanya.
"Tetapi saya tidak fikir mengenainya. Saya hanya memikirkan mengenai perlawanan akan datang dan ia bukanlah misi mustahil.
"Dalam Piala EFL, kami mempunyai 50 peratus peluang untuk menang, dalam Piala FA kami berada dalam 16 pasukan terbaik dan dalam Liga Europa kami masih dalam 32 pasukan terakhir, jadi ada banyak perlawanan.
"Liverpool akan bermain 16 perlawanan untuk mengakhiri musim ini, dan kami berada dalam situasi 'gila' ini. Southampton mempunyai 15 hari sebelum perlawanan akhir.
"Kami akan mempunyai dua perlawanan menentang Saint-Etienne (dalam Liga Europa) dan pusingan kelima Piala FA."
Sementara itu, Mourinho menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perlawanan kedua separuh akhir Piala EFL di Hull City kerana ia diadakan pada Khamis dan dia menjangkakan akan ada lagi jadual perlawanan yang tidak memihak kepada pasukannya seperti itu.
"Saya boleh rasa kami akan mempunyai beberapa hadiah menakjubkan," katanya. "Watford terpaksa bermain hari ini dan mereka juga bermain Selasa ini.
"Memang lawak. Bagaimana mereka boleh bermain selepas dua hari dengan banyak perlawanan semalam?"