Skip to main content

Bola Sepak

Liga Malaysia tidak akan terkubur -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj_1.jpg
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, percaya saingan Liga Malaysia masih mampu mendapat tempat walaupun tidak akan disertai dua pasukan legenda, Sri Pahang dan Perak, musim depan.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Tunku Mahkota Ismail, yang juga Pemangku Sultan Johor, menegaskan liga tetap akan diteruskan menerusi penyertaan pasukan sedia ada.

Musim baru Liga Malaysia 2025-26 mengundang kebimbangan berdasarkan senario semasa.

Ia menyaksikan beberapa pasukan bergelut untuk kekal bersaing dalam liga gara-gara masalah kewangan.

Buktinya, Perak dan Sri Pahang muncul dua pasukan utama yang membuat pengakuan terbuka untuk tidak beraksi musim depan.

"Kalau kena main dengan tujuh pasukan sahaja, atau hanya main empat kali satu liga, kami tetap akan meneruskannya," kata TMJ.

"Liga akan sentiasa berjalan. JDT akan sentiasa ada. Anda tidak boleh memusnahkannya. Jadi, bagi saya ia macam berputus asa.

"Kalau kita lihat di Jerman. Kalau kita lihat di Itali. Tidak kira di mana pun, termasuk di Perancis, akan ada kelab yang mendominasi tetapi pasukan lain tetap memberikan saingan yang hebat.

"Sama juga seperti di Thailand, kalau kita lihat Buriram (United) lebih berjaya daripada pasukan lain yang ada tetapi mereka tetap ada inisiatif untuk bersaing. Bukannya kalau sudah tidak boleh kita tarik diri.

"Daripada itu sahaja, saya malu sebenarnya dengan penetapan minda seperti itu dengan negara-negara jiran yang sedang melihat perkembangan bola sepak tanah air," katanya.

Difahamkan, Sri Pahang dan Perak ada menghantar dokumen pelesenan kelab kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tetapi permohonan mereka gagal.

Ini bermakna, saingan Liga Super akan diteruskan dengan pasukan sedia ada dengan Melaka, Imigresen dan Brunei turut dijangka akan mengambil bahagian.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video