Skip to main content

Bola Sepak

EGM FAM: 'Harapan saya satu, biar telus, jujur dan jangan ada apa-apa disorok'

as

'Jangan ada apa-apa disorok' 

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menuntut pendedahan yang jujur berkenaan laporan audit badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas tiga bulan dibawah seliaan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bermula awal tahun ini.

"Harapan saya satu, biar telus, jujur dan jangan ada apa-apa disorok daripada perwakilan ahli gabungan, itu harapan saya," kongsinya.

Namun, menjadi persoalan apabila laporan ini hanya akan didedahkan pada hari yang sama ketika kongres luar biasa yang bakal berlangsung esok..

Untuk hal yang penting seperti ini sudah pasti ahli gabungan juga memiliki hak untuk mengetahui cerita sebenar tentang apa yang sudah berlaku dalam sistem dan pengurusan FAM sebelum ini.

Sewajarnya persoalan daripada deligasi juga perlu dijawab oleh pihak AFC dan FAM, sekiranya sesuatu perkara menimbul rasa sangsi dan memerlukan penerangan terperinci.

"Perkara yang tidak membuat saya teruja adalah kenapa laporan ini tidak diberikan lebih awal agar para delegasi boleh meneliti, memahami dan pada hari tersebut boleh bertanyakan soalan jika ada." tambahnya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video