Juventus menggantikan Benedikt Howedes dengan Stephan Lichtsteiner dalam skuad Liga Juara-Juara Eropah untuk menghadapi pusingan kalah mati.
Pemain antarabangsa Jerman, Howedes, yang hanya berjaya membuat satu penampilan Serie A sejak berpindah dari Schalke tahun lalu, mengalami koyak otot paha pada Disember tahun lalu.
Dengan pemain berusia 29 tahun itu masih jauh untuk kembali, ketua jurulatih, Massimiliano Allegri, membuat keputusan mengeluarkannya daripada skuad 23 pemain di pentas Eropah dan menambah nama Lichtsteiner.
Pertahanan Switzerland berusia 34 tahun itu menjadi pemain tetap skuad Juve dalam pertandingan domestik, dengan bermain dalam setiap empat perlawanan liga terakhir mereka.
Juve akan menghadapi Tottenham dalam pusingan 16, dengan perlawanan pertama berlangsung di Turin pada 13 Februari.