Skip to main content

Bola Sepak

Liga Juara-Juara lebih penting berbanding Serie A -- Scaroni

milan-celebrate-cropped_mx4fc2s2n1e01xuydxnreel3d.jpg
Beraksi dengan lebih baik dalam Liga Juara-Juara Eropah lebih penting berbanding menjulang trofi Serie A, menurut Presiden AC Milan, Paolo Scaroni.

Milan tidak beraksi di pentas paling elit Eropah itu sejak musim 2013/14, di mana mereka menamatkan kempen di pusingan 16 terakhir sebelum disingkirkan oleh Real Madrid.

Musim lalu, mereka kembali dalam kancah bola sepak Eropah apabila beraksi di pentas Liga Europa, sama seperti musim ini, namun disekat Arsenal di pusingan 16 terakhir.

Pergelutan Milan di Eropah jelas bukan satu kesan daripada prestasi di peringkat domestik tatkala mereka kali terakhir mereka menamatkan saingan liga dalam kelompok tiga terbaik adalah pada musim 2012/13.

Walaupun peminat-peminat pasti teruja untuk melihat kelab kesayangan mereka menjulang trofi liga buat kali pertama sejak 2010/11, Scaroni melihat penampilan hebat dalam Liga Juara-Juara Eropah lebih bernilai tinggi.

"Pada tahap kesukanan, kami tidak akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah pada tahun ini walaupun saya rasa itu adalah tempat sebenar Milan," katanya.

"Saya berpendapat bahawa kejuaraan Scudetto menjadi tidak penting. Buat Milan, lebih baik jika beraksi cemerlang dalam Liga Juara-Juara."

Milan juga telah berada di belakang kebanyakan seteru utama di Itali dan serata Eropah daripada segi kewangan.

Situasi itu membuatkan Scaroni yang membandingkan Milan dengan Manchester United, mendakwa bahawa mereka patut sekurang-kurangnya berada pada tahap sama dengan kelab England itu memandangkan Rossoneri memenangi lebih banyak kejuaraan berbanding The Red Devils walaupun secara realiti, United menjulang 45 trofi berbanding 43 buat kelab Itali itu.

"Saya boleh katakan bahawa Itali berdepan banyak masalah sejak beberapa tahun dan saya tidak pasti apa yang berlaku," tambah Scaroni.

"Selama 15 tahun, Milan tidak meningkatkan keuntungan. Pada 2003, kami mencatatkan EUR200 juta (RM963 juta) tatkala kelab lain meraih tiga kali ganda.

"Apabila saya melihat United mengutip EUR800 juta (RM3.8 bilion), saya tidak gembira kerana kami meraih kejuaraan lebih banyak berbanding mereka dan seharusnya lebih berjaya bersama 400 juta peminat di dunia."

Advertisement

Must Watch Video