Skip to main content

Bola Sepak

Liga Europa: Rangers gagal layak

rangers-050717.jpg
Kempen Liga Europa Rangers berakhir dengan memalukan apabila terkandas dalam pusingan pertama apabila tewas 2-1 menerusi agregat kepada Progres Niedercorn.

Kelab Scotland itu tewas 2-0 dalam pertemuan kedua di Luxembourg dengan pengurus, Pedro Caixinha, menganggap keputusan itu tidak pernah terlintas di fikirannya. 


Olivier Thill muncul wira pasukannya -- meraih kemenangan sulung dalam kancah Eropah selepas 14 kali mencuba -- apabila mencipta peluang jaringan buat Emmanuel Francoise pada minit ke-66 sebelum sepakan percumanya memperdayakan Wes Foderingham.

Rangers meningkatkan pemburuan gol untuk layak menerusi peraturan gol di tempat lawan, namun tandukan John Windass pada minit-minit akhir perlawanan dikuis penjaga gol gantian, Charly Schinker, yang masuk menggantikan Sebastian Flauss yang tercedera pada separuh masa pertama. 

Rangers turut berpeluang mencipta gol menerusi penjaring pertemuan pertama, Kenny Miller, yang menyaksikan usahanya terkena tiang gol. 

Dalam satu lagi perlawanan, keputusan seri 3-3 Videoton dalam kunjungan ke Balzan menyaksikan pasukan Hungary itu mara 5-3 menerusi agregat. 

Advertisement

Must Watch Video