Seramai 127 orang mangsa terkorban dalam satu tragedi kekecohan yang berlaku selepas perlawanan di antara Arema FC dan Persebaya dalam saingan Liga 1 Indonesia di Malang malam tadi, demikian dilaporkan media-media tempatan di negara itu.
Menurut laporan Kompas TV, kejadian itu berlaku selepas kekalahan 2-3 Arema kepada pasukan pelawat berkenaan.
Difahamkan 180 orang mangsa cedera dan 127 orang meninggal dunia -- termasuk dua anggota polis -- dalam tragedi itu.
Difahamkan juga, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesi (PSSI) akan menghentikan saingan liga berkenaan bagi memberikan ruang buat siasatan menyeluruh dijalankan.
PSSI turut mengesahkan kejadian itu menerusi satu kiriman dalam laman Facebook rasmi mereka.
"Turut berdukacita atas kejadian yang menimpa pencinta bola sepak tanah air di Stadium Kanjuruhan, Malang," kata PSSI dalam satu kenyataan.
"Semoga Allahyarham dan Allahyarhamah mendapat tempat terbaik di sisi-Nya dan keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan."
*Kredit foto: PSSI