Penggempur Bayern Munich, Robert Lewandowski, yakin Thomas Muller akan menemui semula sentuhan terbaiknya.
Pemain antarabangsa Jerman itu menempuhi separuh pertama musim ini dengan menghasilkan satu gol sahaja dalam 13 penampilan Bundesliga.
Prestasi Muller tampak belum pulih selepas Bayern kembali beraksi selepas rehat pertengahan musim di mana dia beraksi hambar ketika mereka berhempas-pulas dalam kemenangan 2-1 ke atas Freiburg, minggu lalu.
Lewandowski tidak nampak mengapa mereka perlu bimbang, malah mempertahankan rakan sepasukannya dan percaya lambat-laun dia akan kembali menemui sentuhan berbisanya.
"Naluri penyudahnya tidak akan hilang. Dia hanya melalui fasa di mana dia tidak begitu bernasib baik. Dia pasti akan menemui semula rentaknya," kata pemain Poland itu kepada Munchner Merkur.
"Semua orang mengharapkan Thomas menjaringkan sekurang-kurangnya 20 gol, namun kami masih berpuas hati dengan usaha yang dilakukannya.
"Anda tidak mengadilinya dengan gol semata-mata. Dia sentiasa bekerja keras dan apabila dia melakukannya, jaringan pasti akan hadir.
"Adalah penting untuk penyerang tidak terlalu banyak berfikir. Ia tidak akan membuahkan hasil.
"Anda harus sentiasa memikirkan perlawanan akan datang dan peluang untuk menjaringkan gol lagi."