Bayern Munich menegaskan bahawa penyerang, Robert Lewandowski, tidak akan meninggalkan kelab musim panas ini selepas penyerang itu dikaitkan dengan kelab seperti Manchester United dan Chelsea.
Baru-baru ini, Lewandowski telah mendedahkan bahawa dia kecewa dengan rakan sepasukannya yang tidak memberikan sokongan dalam usaha membantunya menjadi penjaring terbanyak Bundesliga dan dia kini semakin hampir untuk meninggalkan Allianz Arena.
Laporan dari England mencadangkan bahawa United dan Chelsea memiliki masalah untuk mendapatkan seorang penyerang prolifik dan nama Lewandowski merupakan antara sasaran yang dikenal pasti.
Tetapi Bayern telah menyatakan mereka tidak akan membenarkan penyerang berusia 28 tahun itu meninggalkan kelab itu.
"Robert Lewandowski memiliki kontrak bersama Bayern dan ia telah dilanjutkan sehingga 2021," menurut kenyataan Bayen menerusi Sky Sport News HD.
"Bayern tidak akan membuang masa memikirkan perpindahan untuk Lewandowski. Tiada sebarang perbincangan yang akan dibenarkan berlaku.
"Jika kelab cuba berbincang dengan pemain yang memiliki kontrak jangka panjang, mereka mungkin dihukum oleh FIFA."
Lewandowski telah menjaringkan 43 gol dalam 47 penampilan dalam semua kejohanan bagi musim 2016-17.
Pierre Emerick-Aubameyang berjaya meledak 30 gol, sekaligus dinobat sebagai penjaring terbanyak bagi saingan liga musim ini.