Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Lewandowski mahu aksi lebih mantap dari Poland

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

110617lewandowski.jpg
POLAND 3 ROMANIA 1

Kapten Poland, Robert Lewandowski menggesa pasukannya supaya mempertingkatkan lagi mutu permainan walaupun telah mara selangkah lebih hampir untuk membuat penampilan dalam Piala Dunia 2018 di Russia apabila melakar kemenangan 3-1 ke atas Romania.


Lewandowski menjaringkan hatrik untuk memberikan kelebihan kepada Poland  mendahului Kumpulan E dengan kelebihan enam mata.

Penyerang Bayern Munich itu membuka jaringan pada minit ke-29 sebelum menyempurnakan hatrik dalam separuh masa kedua bagi menyamai Cristiano Ronaldo sebagai penjaring terbanyak  aksi kelayakan Piala Dunia dengan 11 gol.

Bagaimanapun, Lewandowski tidak berasa berpuas hati dengan kemenangan ke atas Romania yang berjaya menghasilkan satu gol sagu hati menerusi Bogdan Stancu.

"Secara peribadi, saya gembira. Tetapi perkara yang paling penting adalah untuk pasukan ini. Kami telah meraih tiga mata penuh dan selangkah lebih hampir untuk layak ke Piala Dunia," kata Lewandowski.

Poland kini telah memenangi lima daripada enam perlawanan menjelang pertemuan berdepan Montenegro dan Denmark.

"Sukar buat kami untuk mengekalkan tahap konsentrasi ini. Ia seperti memandu kereta, perkara yang paling sukar adalah pada kilometer-kilometer terakhir. Perkara yang paling penting adalah dua perlawanan pada September dan kemenangan akan memastikan kami beraksi di Russia.

"Segala-galanya bergantung kepada kami. Kami berharap untuk melayakkan diri dengan lebih segera. Pada baki 20 minit perlawanan berdepan Romania, prestasi pasukan sudah merosot."

Advertisement

Must Watch Video